Thursday, July 21, 2011

Kenapa budak zaman sekarang nakal sangat ni?


Assalamualaikum wbt

Sebelum den nak memulakan bicara.
Lebih baik eden bertanya pada youls
"Adakah anda seorang yang suka melayan kerenah budak kecik?"
Jika jawapannya ya..
Silakan membaca
Jika tak..
Nyah engko dari sini..
Paham!!

Berbalik kepada entry kali ni.Eden ingat nak cito sikit pasal insiden petang tadi.Eden dengan ibu den ni huh duk poie kedai komputer jap alang2 nak settlekan pasal PC rumah aku tu.Dah berzaman aku tak servis.Entah elok entah tidak.Al-maklum jela..asyik merantau je.Takkan lah aku nak bawak PC ni ke hulu ke hilir.Silap2 boleh jadi badang aku.Apo laiee..guna laptop la brother.Okay2 tengah laa asyik den bercerito dengan tokey tu suddenly dengan tiba-tiba nya anak tokeh kedai tu bagi I-Phone bapak dia kat den.Huhh??motip budak ni.Lepas tu dia suruh den duk baling kat dia.Huhh??bior bonar anak cino ni..

Eden yang tengah blur-blur ni apalagi terpinga-pinga lah.Dah lah bapak dia duk betul2 depan den.Kalau lah den duk baling kang silap2 den datang kedai ni nak bayar duit servis tapi last2 den keno charge lebih cox duk main baling2 I-Phone orang.Tak leh blaa..budak kecik ni.Kang jatuh sape susah...
EDENNNNNN JUGAKKKK!!!
Dia ingat nak beli I-Phone tu gune duit angpow singgit dua hinggit..hahhahaha..budak oh budak..

Lepastu,tiba2 tokey tu tanya kat Ibu den.Masa den kocik-kocik dulu nakal tak?Nakal tak macam anak dia..Huhh???Budget lah ibu den ni baby sister anak engko kan."Emmhh...hellooo...tokey.Mana lah ibu den tau"...Adoii..Then,dia mula lah duk cito yang mak dia tak tahan jaga anak dia.Mak dia cakap mak dia  lebih rela jaga dia and siblings dia yang 6 orang tu rather then jaga cucu2 dia sekarang.NAKAL YANG TERAMAT!!Sampai mak dia pon bagi WHITE FLAG tanda SURRENDER dari jaga nak dia.hahhaha..

Entah macam mana  tiba2 Ibu den dengan macho nye menjawab."Budak-budak zaman sekarang memanglah nakal.Lagi-lagi time nak membesar ni tokey."tiba2 den sentap =_='' "Eden yang makin nak membesar ni tak nakal pon!"-suka sangat nak EMO kan..

 "Tapi itu budak2 zaman sekarang memang lain perangainya.Nakal terlebih yang amat.Susah nak control..Sekali bagi amaran  lagi sekali lah dia duk buat.Kadang-kadang tu dorang tau kite marah tapi saje je nak buat kite bengang.Tapi apa-pun kena sabar"

"Yeahhh..thats right Ibu.Aku sokong 100%."
Si Japri cousin aku jaga tu.Ya Allah nakal nye...Hmmm...boleh buat den 10 kali  sedut gas dibuatnye.Semput cik non nak menjaga dia.Cari gadoh dengan den no 1 la.Time eden tengoh study jauh2 dulu bukan main lagi.Siap call rindu segala..bercintan cintun engko kan duk tanya bila nak balik kakak Mieja..Bila aku dah balik..aishhh...aku rasa macam nak  pang2 je budak n..grhhh@#$%^!!!

Nakal yang terover.For example lah,aritu aku duk solat kat dalam bilik dia.Time den nak gi solat tu si Japri ni duk laa nak kacau2 den.So then,aku kunci lah pintu bilik tu dari dalam.Entah macam mana nak ke rakaat kedua.Mula lah aku tak kusyuk solat.Bukannya sebab budak kecik ni dapat masuk bilik.Tapi disebabkan dia duk "gedegang-gedegung" pintu bilik dia.Haihhh...den yang tongah berapi tahap lava ni apalagi.Teruskanlah jugak solat.Sabar tipah sabar..(dalam hati)Lepastu den duk zikir lama2.Ala...lantaklah engko nak "gedegang ke" nak "gedegung ke".Ada den kisah?

Belum sempat den duk baca doa terus den bukak pintu.Pegang kuat2 si Japree ni and tanya.Japree nak apa sebenarnya?

Terus dia diam..
Huhh..TATOT ponnn...
hahhaha..kejamnye akuu...

Tapi apapun memang tak nafikan  budak-budak zaman sekarang ni nakal sangat.
From my own opinion maybe 1st zaman kanak2 sekarang mudah terbuka dengan dunia multimedia.Handphone la,internet la..facebook la..astro la..macam-macam.semua nya yang pakai letrik laa.senang cito.

Kadang2 tu baru umur 5 tahun tapi dah reti guna facebook segala.
Kalau tak kerana pengaruh ibu bapa.Tak maju kemana nya anak-anak tu.Mungkin tak boleh nak salahkan ibu bapa 100%.Mungkin disebabkan pengaruh pengasuh atau ahli keluarga yang lain.Al-maklum jelahhh..Selalunya pada usia muda macam ni mostly budak2 dijaga oleh pengasuh atau nenek.Terutama sekali ibu bapa sekarang yang semua sudah mempunyai kerjaya kerja masing2.Yelah,,buat apa belajar tinggi2 kalau tak apply dalam koje kan?

And on the same time,antara sebab kanak2 menjadi hyper maybe dari segi pemakanan juga boleh diambil kira.Susu merupakan makanan awal untuk tumbesaran bayi.Kebanyakan susu yang dijual di market mostly ade DHA.Nak katakan semua jenis minuman susu untuk infant ade disertakan sekali untuk perkembangan otak si manja.So,disebabkan itu juga perkembangan minda kanak2 ni lebih cepat dari usia mereka.Maka apalagi makin berkembang la pemikiran dorang.

Superman la,Ben10 la,Power Ranger la..Bukan setakat tonton je,terus dengan aksi2 sekali dorang try buat.Lagi expert dari pakar.


Haih tapi apapun,nakal-nakal pon..Dorang tetap maintain comel..
Entah aku tak tahulah zaman aku ade anak nanti.
Nakal macam dorang jugak ke?
Tak tahulah pengaruh apa pulak pada zaman akan datang.
Harap-harap cukuplah sampai sini je zaman kemodenan ni semua..
Memang orang akan kata aku ni KUNO.
Tapi MODERN2 pon ko tu bukan nya semua boleh buat kebaikan pon.
For example,membasuh baju sekarang.Dulu semua orang duk berus zap zap kat bilik air,sekarang hadoo lagi?
Memang takdo la laiee...
Kan dah modern apo laiee basuh baju dalam mesin basuh la..
Sekarang tak perlu dah nak senam lengan dah.Semua dah siap..

So,sekarang macam mana aku nak dapatkan lengan berotot?
Macam ne?
Macam ne?

Cu cite..
hehe

If you love this entry.Do some comment okay..!!^-^

1 comment: