Tuesday, August 7, 2012

Spot the differences.Enjoy!

Dah jumpa apa yang beza?
Jangan kata size I yang kecil.No no no..mustahil..haha..
Kalau bosan takde keje tu carilah differences k.

Apa dia nak hadiah?

ahahha...


Takdelah hadiah semua


tapi kalau ade pon

maybe 

Ucapan TAHNIAH! 
ANDA BERJAYA WEEHOOO...
ahahaha...

Itu jewwwww wwwwwwwwwwwww wwwwwwwww

k bye :P

If you love this entry.Do some comment okay..!!^-^

Tanya elok2 pon tak boleh.

Assalamualaikum wbt

Entahlah rasa macam diri ni macam bersalah pon ade.Bagi aku kalau tanya yang betul pon salah kalau tanya yang salah pon tetap salah.Nak kata kesimpulannya semuanya serba salah.Tempoh hari aritu aku ade lah tanya kawan2 pasal keluar makan segala.Aku bukanlah planner ke apa tapi just bagi cadangan.Aku ni duk kenangkan senior aku ni.Dia duk menyebut takde ke kita nak buat perjumpaan lagi.So aku pon bagilah idea.Alang2 bulan pose ni so aktiviti takleh lah nak banyak sangat so aku pon bagilah cadangan beli kat bazar then berkelah kat depan masjid.Dah tu tengok semua diam je apalagi bagi jelah idea.Aku kesian kat akak senior aku tu je cox  maybe dia nak hang out ngan adik2 junior dia.Then aku pon bagilah cadangan kat FB tapi kakak senior ni cakap mcm tak best la apalah.So aku pon ckp lah kalau macam tu kalau ade cadangan lain utara la kan. If ade takpelah aku proceed je mana2 yang majoriti semua setuju.Aku ni takdelah kata ni perjumpaan aku ketua ke apa just pesetujuan bersama.Yolah size dah lain2 perut pon perasa lain2.Mano nak samoo heh!

Then after a few day tu still no respond.So aku tanya lah sapa2 yang on perjumpaan ni.Akak tu kata takpelah kita makan kat restaurant jew.At last disebabkan itu aku pon tanya lah confirmation sapa yang nak join ni.Takdelah kalau ade yang nak join leh lah aku tolong  reserve kan tempat.Kang terlebih orang nak join.Entah macam mana pulak tu.Duk bersila? Iyelah bulan pose ni.Time nak maghrib tu celah mana nak cari restaurant last minute.Confirm penuh..So untuk confirmation aku pon tanya lah sorang member aku ni.Aku tak tahulah aku yang emo ke apa.Tapi jawapan dia bagi macam tak berapa suka pulak bila aku tanya ko jadi tak join?janganlah ingat macam2.Like I said before nak reserve tempat makan ajo.

Lepastu pulak a day before perjumpaan tu tanya lagi so macam mana youls?kat mano nak melahap?entah macam mano tibo2 semua okay ajo idea aku  pi bazar lepak kelah segala.

Alright  so tibalah harinya.So go on with the first suggestion.Berkeloh ye jang huhhh amik engko petang tu hujan pulokk..Haaahhhahaha habis musnah pelaminku.Boleh?

Aku dah set dah tikar semua.Dah hujan macam tu hurmm haram simpan baliklah tikor nye.Takkan nak berkelah lecak2 segala.

And cerita yang lain pulak time before nak berjumpa semua aweks2 ni akak senior aku ni adelah call tengaharinya.Tapi aku tak angkat.Bukan sengaja tapi tak dengar sebab duk busy mengetel kuih kat dapur and dah tu hp nye pulak dah jadi peneman tido memang lokasi nye kat katil lah kan.Dah tu aku pon takdelah angkat takkan tak sengaja namanya kalau aku tau akak tu call kul bape so macam mana aku tau akak tu call? hek eleh korang hp tak maju ke de tulis missed call pukul berapa.Apadaa..

So petangnye aku call ler akak senior aku ni nak tanya lokasi kat mano and tanya dia nak buat camno ni plan A dah hancus dek kerano hujan.So dia pon cakaplah takpelah kite gi cari kodai makan kat area2 ShahAlam tu. Ahaks so settle..Tengah nak siap2 nak gi jumpa dorang ni.Aku ingatkan biscuit aku dah sejuk ler smpai leh simpan dalam bekas kuih.Gupenye panas berdentang lagi.Apo laiee kena lah tunggu sejuk biskutnye tu.At last aku pon mai lah lambat.However ni memang silap aku lah tak pandai arrange time.But I'm still in process to improve it.Insya Allah.Sampai2 je jumpa dorang memang mukanye semua macam cuka.Maybe puase kot.So pergilah cari kedai makan semua.Currently kalau kedai makan melayu ni semua nak buat konsep ala2 buffet.Then entah macam mana tersesat kat Kopitiam.Layankan ajee..So kitorang pon reserve lah tempat order menu and chauu gi bazar dulu.


Time kat bazar oh mai terjumpa retis meletup with kontroversi kot.Sapa lagi kalau bukan anak pontianak Zarina Ann Julie.Huhhh zass ko..siapakah jejaka yang bertindik itu?Boleh ke kahwin tu?
entahh apa apa jelah retis oiii.Asal ko bahagia..Dah terjumpa pulak si anak pontianak ni huhh akak senior aku ni apalagi bukak cerita gosip lah engko.Yang aku tak tahan tu oiiiii tak takut kena gigit dengan anak pontianak ke Kak Nora oiii..Bukan main lagi gosip betul2 kat telinga Zarina Ann Julie yang cekci meletupskah itu?hahaha...

Terbaik Kak Nora! Mampu?


At last azan pon berkemundang.Ya Allah hausnye aku tak tahulah..Boleh pulak set ayam penyet aku order baginya gelas alahai tak tentu lagi boleh bagi aku hilang haus tu.Kecik bonar gelasnye..So aku pon orderlah  Orange Juice yang berharga RM7.70 mak aihhh melampau ko Kopitiam! Gila MELAMPAU harga Orange Juice ko.Time aku order tu serious menu takde kat tangan sebab time tu pelayan duk sibuk distribute makanan.So aku malaslah nak menyusahkan waiter mintak menu .Dengan senang hatinya aku pon orderlah Orange Juice yang aku ramalkan berharga RM5.Dah tu bila nak bayar mak aih hargeee.Kalau aku pergi minum kat hotel pon tak mahal lagu tu.Tapi takpe siap ko kopitiam aku akan adukan kat agensi aduan pengguna! Siap ko! Agak2 lah harganya.Bukannye gelas bapak besar  tapi gila kecik kot.Melampau! Tapi apakan daya bulan pose yang mulia ni aku pon bertindak lah dengan mulianye membayor jus oren itu.Tapi apapon siap ko!

Dah habis membayor.Aku pon carilah gadis2 ni.Time tu dah mula sentap pon ade.Takde sape pon tunggu aku kat luar.Aku taulah dorang cakap tadi nak pi usha2 kat gerai2 lauar tu.Tapi aku pon nak join jugak.Tapi sampai hati dorang tinggalkan aku.Dengan hati yang tabah aku pon pi lah cari depa.Nasib baik jumpa kalau tak memang aku balik dah solat Maghrib kat rumah membawa hati yang pasrah.Gituuew ayat mintak penampo.Akhirnya solat Maghrib ler kat SACC Mall.Huhh Surau Ramadhan namanye.Feeling abis aku.Then after solat kitorang gi lah cuci2 mata kejap kat kedai2 dalam SACC Mall tu merangkap PKNS.Al maklum lah park keter kat tepi tasek tu.Gamak nye tak menyeberang bangunan apa yang ade.So itu je lah dia cerita sempena perjumpaan berbuka pose bsama kakak senior and rakan sebaya.Okaylah itu jerrr youls.Btw Terima kasih pada sape2 yang sudi membaca hingga ayat terakhir entry ni.'Tahniah! Jasamu dikenang!Gitueww...

Selamat Beribadah semua...
Can Cin Cau..Jangan Tersedak Cin Cau sudah :P

*Oh lupa watak sampingan kite dalam citer ni gadis gadis Syira and Feedi.hee..Love korang :D


If you love this entry.Do some comment okay..!!^-^

Monday, August 6, 2012

Tahniah!





Assalamualaikum wbt

Huhh inilah dia pemenang whatever youls.
Mai cik nak habaq sat
Congrats kat owner blog nakhabaqneh.blogspot.com aka Abg Fendi
Winner for the contest
Ini orang peoww Kedah mari.Utara sanaa..
So if ada yg berkenan boleh  la follow blog dia okay.
Btw nak cerita pasal contest ni.Actually suka2 je buat.
Alhamdulillah de sambutan yang hangat.
Ada yang jawab tu betul dah soklan no 1 tapi yang etc nye entah apa2.
So tak aci lah kan sapa yang jawab semua betul.
Then I decide pick up abg fendi as the winner.
Bukan sebab kenal okay.
He deserve it.
Lama jugak masa nak bagi hadiah ni.
Berbulan bulan lah gamaknye.
Nasib baik dua-dua faham.
Dua-duanye busy.
Hectic life as student degree.
Arghh..
Okay thats all semua.
Hopefully next contest ada lagi yang join and jawab betul2 okay.

Alright..
Salam Ramadhan semuaa...
^-^"


If you love this entry.Do some comment okay..!!^-^

Cerita biskut raya dan saya

Assalamualaikum wbt

Tajuk post macam cliche je kan?
Hahaha...Biasalah gedik..Dah lama tak berblogging.So ayat pon dah macam budak tadika hek.So how are u everyone? fine?me?erm a little bit hurt.hee -_-"

Alasan tak leh pakai.Btw why dah lama berblogging ni its bcoz password lupa la tu yang lama tak merapu kat sini.Bukan nye merajuk malas ke apa.Cuma ingatan cerca merba dengan life as degree student.Kena ingat itulah inilah.So back to the main story about biscuit.

Actually tahun ni and tahun2 yang sebelumnya I ada jual kuih raya.So al-maklum lah nak dekat raya ni I pon nak lah jugak menyebuk cerita pasal kuih raya and etc.Alhamdulillah tahun ni order bertambah banyak and meriah youls.Thanks a lot for supports and still believe with us baking youls.hehe..and also thanks for the support too anyone yang duk advertise our page at their wall.Thanks a lot babeh.



Pasal biskut raya kitorang tahun ni.Tak berapa nak advertise sangatlah because there's a lot of order.Kakitangan pon tak mencukupi.So we just take order sapa yg order dulu lah.Bak kata orang sapa dulu dialah yang dapat gituu..The rest of it err sorry tau.If we able to make it InsyaAllah rezeki for you k.Janganlah kata kitorang tak sudi nak buat pulak.This year we sold 6 types of biscuit.


Biskut yang kitorang jual tahun ni konsep dia mengikut no.Nanti kalau orang nak order senang bagitau je no and quantity.Takdelah macam tahun lepas nak order tart tapi tak tau which one nak order.Keliru lah apalah.So kat gambar atas ni kitorang de dua jenis tart yg no 1 Nona Tart and 5 tu Marble Tart.Tart yang selalu orang keliru.The rest of it Snow Almond,Oat Crunch,Coppuchino Sprinkle and Walnut Chip.Biskut raya paling top well Marble Tart laa. Memang wajib orang order setiap kali raya or tak raya.Ada aje yang nak order.But however ada yang tak minat because its too modern.Tak tradisional lah apa lah.Ermm cmon people! Transformation lorgh.Takkan nak takat tu ja.... Macam lah almond london tu kuih tradisional kan? nehhh... *apesal entah nak emo?hehe


About Almond London pulak tahun ni kitorang de jugak buat tapi limited lah.Yelah tak cukup tangan nak mengetel kuihnye.So sapa yang dah order tu tunggu this coming week will sent it to u k.Not only Almond London je blueberry tart,cornflakes,cocoa krunch cookies and etc.Ade yang buat tapi sikit jelah.hee


Ni citer pasal sticker Just Baked pulak.Before ni sticker kitorang nampak kosong je.So I came out with the idea to add  polka dot at the blank side.Pheww..Nasib baik cantik..Then apalagi pergi print la cepat2.Otw nak gi print ni entah macam mana boleh lupa which one kedai print yang usual I printed all those sticker.Look! Nyanyuk sangat kan.Takdelah kedai yang I selalu print tu murah sikit.

So I decided masuk jela semua kedai nak tanya harga.Masuk punya masuk kedai nak survey harga sticker entah macam mana tetiba terjumpa pulak member sekolah dulu.Apalagi print teruslah kat kedai dia tu.Nasib baik murah.This time she suggest me to print A3 size.Dia kata murah sikit.Beza RM1 from A4 dapat pon banyak.So I pun hurm okaylah A3.Mula2 dia tanya nak dia potongkan ke.If dia potong free lah for the first time kalau hari lain kena charge RM 10.Mak aihh...Entah macam mana time tu I macam rush sikit so I decide takpelah let me cut by my own.Hee..tolak peluang kan? Hurm takpelah btw nak potong ni sonang je.Lain lah sticker bulat2 ke lengkuk2 ke haram nak buat sendiri.

Alright youls thats all je lah ek about biskut raya untuk entry kali ni.Kepada sesiapa yang nak order biskut raya tahun depan sila lah lawat page Just Baked ! | Homemade Bakery and leave order kat wall k.InsyaAllah kitorang buatkan biskut untuk korang.Okaylah thats all.Selamat Berbuka semua..
If you love this entry.Do some comment okay..!!^-^